Anjuran Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam   


  Majlis Ilmu 2010  
  Majlis Ilmu 2008  
  Majlis Ilmu 2007  
  Majlis Ilmu 2006  
  Majlis Ilmu 2005  
  Majlis Ilmu 2004  
     


 

 

 

 

 

 

 

 
 

Petikan Titah

"Beta berharap, majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri ini akan benar-benar berupaya untuk mencetuskan semangat dan suasana keilmuan di kalangan rakyat serta penduduk.

Beta turut melihat, betapa upacara keilmuan itu sangatlah penting untuk diberikan ruang yang luas di dalam perayaan-perayaan kebangsaan. Kerana ia bukan sahaja ibarat juadah baru untuk dinikmati, malahan – lebih utama – menjadi wadah dan tempat bertolak kearah kecemerlangan ummah". 
Titah sempena Majlis Perasmian Seminar Institusi Masjid dan Pameran Mengenainya pada 1 Jamadilakhir, 1425 bersamaan 19 Julai 2004.

 

 
 

Majlis Ilmu atau dalam bahasa Inggeris Convention for knowledge ialah salah satu acara utama yang diwujudkan di musim perayaan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Sejak ia mula diwujudkan pada tahun 2004 Majlis Ilmu telah berjaya memberikan hidangan ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan tema yang dipilih bagi tahun-tahun berkenaan, melalui seminar dan pamerannya. Telah menjadi tradisi seminar Majlis Ilmu bahawa ia disertai oleh 1000 peserta, berpanelkan pakar dan orang-orang arif dari dalam dan luar negara. Manakala pamerannya menarik puluhan ribu pengunjung.

Majlis Ilmu ialah anjuran dan kendalian Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam dan urusetianya ialah Jabatan Mufti Kerajaan. Agensi-Agensi Kerajaan dan bukan kerajaan menyokong erat dengan tenaga, fikrah dan sumbangan matiri setiap kali majlis ilmu diadakan.

Objektif am Majlis Ilmu ialah :

  1. Sebagai acara yang menghidangkan ilmu dan maklumat yang berguna untuk kehidupan bernegara, disamping rakyat dihidangi dengan acara-acara lain yang lazim dimusim Peryaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

  2. Merupakan mercu tanda keazaman kepimpinan negara ke arah pembangunan bangsa berasaskan ilmu dan maklumat yang berpandukan kitab Allah dan uswah RasulNya Sallallahu alahi Wasallam.

 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
URUS SETIA MAJLIS ILMU
DARULIFTA BRUNEI DARUSSALAM
SPG. 26 Jalan Pengiran Babu Raja
Bandar Seri Begawan BA2112
Negara Brunei Darussalam
 TEL: 673-2237697 / 2224955-6
ext 1146/1157
Fax ; 2235120

Email : sekretariat@majlisilmu.org.bn

Patron :
Jawatankuasa Kebangsaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Institusi Menyokong :
Kementerian Kewangan
Kementerian Hal Ehwal Luar  Negeri
Kementerian Pendidikan
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
Kementerian Pembangunan
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan

© Copyright Majlis Ilmu 2004-2007
                          Last Updated on 12 June, 2010